Wednesday, August 25, 2010

ZanRias menemui anda di TV9 menerusi Nasi Lemak Kopi O




Salam semua,buat julung julung kalinya pihak ZanRias Boutique menerima jemputan pihak TV9 menerusi rancangan atau slot Nasi Lemak Kopi O untuk membuat demonstrasi Tampalan batu/kristal Swarovski pada tudung.

Rancangan siaran langsung tepat pada jam 9.10 pagi 20 Ogos 2010 bertempat di Studio C,Sri Pentas,Bandar Utama.

Pihak ZanRias Boutique amat berbesar hati di atas jemputan tersebut dan berbagai info dapat dikongsikan di dalam slot yang telah disediakan.

Selamat Berpuasa dan selamat menonton buat semua.

Sila klik link di bawah untuk menonton ZanRias Boutique di media penyiaran menerusi siaran Nasi Lemak Kopi O bersama Farah AF2:

http://www.tv9.com.my/Shows/Episodes.aspx?MasterID=180&ShowID=418&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=36869&VideoID=38010#ancPlayer